Asslamualaikum.. Salam Jummat yang penuh keberkatan dan kerahmatan..
Alhamdulillah pagi ini aku bangun dengan rasa segar dan semangat untuk mengemas rumah, membasuh baju, dan menyiapkan kerja2 sekolah..
Terpikir tgh ni nk masak apa ya? Lalu teringatlah daging salai yang dibeli oleh sahabat sekolah aku di Negeri Sembilah.. jauh mai tu.. tengok kat dapur ada serai, cili padi, kentang..boleh la..tp kalau ada belimbing buluh lg menyengat..
Walaupun aku ni oghang kedah tp sy suka makan masakan Negori Sembilan yg pedas tu sbb dulu time study serumah dgn bdk negei Sembilan. Aku juga dh pandai makan masakan Johor sbb dh kawin dgn org Johor kene belajar masak masakan Johor terutama sekali masakan ala ibu mertuaku. Tp masakan utara tetap menjadi kegemaran utama.
Aku ni suka masak masakan yg simple sbb mkn sorang..jd x yah la nak beria sgt..masak masakan yg x payah guna bawang..paling malas aku kalau nk siang bawang..kikiki..next post aku nk share satu lagi masakan x yah guna bawang..resepi ringkas tp terbaekk...
Jd hari ni aku nk share resepi Daging Salai Ala2 Negori. Tp xleh lawan org Negeri masak sendiri..heh heh heh..
Bahan-bahan:
1/2 kilo daging salai
500 ml santan cair (terpulang nk kuah banyak mana)
150 ml pati santan
sejemput cili padi (ikut suka nk kepedasan tahap mana)
1 inci kunyit
3 batang serai (dititik)
2-3 keping asam keping (bergantung pd saiznya la)
1-2 biji kentang
Garam dan perasa
Caranya:
1. Potong daging, basuh dan toskan, Kisar cili padi dan kunyit
2. Masukkan daging, bahan kisar, santan cair dan serai. Tenggekkan atas api. Berhati2 supaya santan x pecah jd mcm telur katak. Bila dh mendidih masukkan kentang kemudian masukkan asam keping
3. Masak lg smpi kentang empuk. Kemudian masukkan garam dan perasa. Akhir sekali masukkan santan pekat. Biarkan mendidih seketika. kemudian bolehla tutup api..jaga2 santan tu.
4. Dah siap boleh la dihidangkan bersama nasi panas.
Sape yg x berapa rajin atau nk cepat je masak boleh la cuba resepi ni..
Friday, 21 August 2015
Thursday, 25 September 2014
Petua Melembutkan Daging
Salam semua..hari ni rasa mcm nak menulis sikit..
Dalam entri kali ni nk story tentanggg..DAGING lah..
mcm mana kita melembutkan daging ketika memasak..
sebelum tu sy nak stori sikit tentang daging..
Daging mmg menjadi favourite saya..mcm2 cara sy masak daging..
- Ungkep daging
- Sup Daging/Sup Tulang
- Daging masak Kicap Pedas
- Daging Bakar cecah air Asam..pergh..terliur..
- Rendang Daging
- dll.....
tapi..
tahukah kita bahawa di dalam otot daging terdapat sejenis cacing menjadikan otot daging medium sementara untuk ia meneruskan kitar hidupnya..
"Taenia Suginata" @ cacing pita lembu menjadikan daging sebagai perumah..
sebelum masuk ke usus kita SEKIRANYA kita memasak daging dgn cara tak betul..
jadi bila memasak daging masakla betul2 dgn suhu yg baik utk membunuh cacing tersebut..
Daging banyak mengandungi nutrien berguna pada badan kita..antaranya
PROTEIN yg diperlukan utk pertumbuhan, perkembangan pengekalan kulit , tulang dan otot yang sihat..kanak2 perlu mengambil protein yg mencukupi utk pertumbuhan yg sihat.
BESI utk mengangkut oksigen dalam darah ke otot2, memberi tenaga utk fungsi otak..haa..ni mmg diperlukan oleh org yg bekerja mcm sy..dan juga besi penting utk melawan jangkitan..
Zn diperlukan utk pembaikan sel, penyembuhan luka, mengekalkan sistem imunisasi kita dan juga merupakan sejenis antioksidan utk tulang dan gigi yg sihat..elak osteoporosis
Vit B12 utk mengekalkan kesihatan sistem saraf dan berfungsi dgn baik..dan juga penting utk pensintesisan DNA dan fungsi otak..
ASID LEMAK OMEGA-3 adalah lemah politaktepu yg diperlukan utk perkembangan otak, kesihatan kardiovaskular, fungsi mata dan kesihatan retina..
jadi..banyak nutrien dlm daging kann..jom la kita masak daging..
tapi..mcm mana melembutkan daging dlm masakan ni..
MELEMBUTKAN DAGING
- daging kene potong menyerong @ melintang drp alur2 daging..
- boleh juga guna BUAH KERAS..tambah buah keras dlm masakn bergulai..buah keras juga akan memberi rasa lemak2 dlm masakan tu..
- masukkan SUDU dlm kuali ..sudu yg dibuat drp tembikar ye.
- sebelum memasak..daging digaul dgn TEPUNG dan KICAP selama 1/2 jam..
- BETIK MUDA yg masih kecil..di hiris dan dimsukn dlm masakan
- Masukkan TEMPE dlm masakan..potong dua masukn dlm masakan..
- gunala PRESSURE COOKER lg senang..haha
Tuesday, 22 July 2014
Biskut Sarang Semut Sedap
Salam Aidilfitri..Maaf Zahir Batin
Bulan Ramadhan sudah menghampiri penghujungnya utk tahun 2014..Semoga kita akan bertemu dengan Ramadhan akan datang InsyaAllah..
bila menghampiri Syawal semestinya Ibu2, isteri2, anak2 dara sibuk menyiapkan persiapan utk menyambut Hari Raya aidilfitri..tak terkecuali sy..tapi sy xde la sesibuk ibu2 lain..
bila saja nk tunjuk sibuk..sy pun menyibukkan diri membuat biskut raya disamping kesibukan bekerja..hihi..
haa..ni dia Biskut Sarang Semut yg pertama kali sy buat..alhamdulillah menjadi..sedap rupanya biskut ni..baru tau..pasni biskut ni mesti menjadi biskut wajib Hari rayaku..
Biskut Sarang Semut
Bahan-bahan:
200 g mentega (sy guna buttercup)
200 g gula halus ( kalau x suka manis boleh dikurangkan sikit jisim gula)
1 biji kuning telur
1 sk esen vanila
pewarna kuning
350 g Tepung Kastard
50 g Tepung gandum
Hiasan:
Choclate Rice
Coloured Rice
Cara2 Membuatnye:
1. Putar butter dengan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur, putar lagi
2. Masukkan esen vanila dan setitis pewarna kuning (jgn letak banyak sgt, nnt terlalu kuning pulak). Putar sekejap hingga sebati.
3. Maukkan tepung kastard dan tepung gandum..Gaul smpi membentuk doh..
4. Bahagikan doh kpd 3 @ 4 doh yg kecil..simpan dalam peti sejuk selama 20 - 30 minit..
5. Kemudian sagat doh dan sudukan ke dalam mangkuk kertas..(pastikan mangkuk kertas diisi dengan penuh sbb bila dibakar nnt biskut akan turun sikit..)
6. Taburkan choclate rice dan coulered rice
7. Bakar pada suhu 150 OC selama 10 -15 minit. (suhu dan masa pembakaran bergantung pada oven)
Thursday, 24 April 2014
Jom Masak Durian Crepe
Assalamualaikum..
Dah lama rasanya sy tak update blog ni..kali ni nk update lain sikit..
sy nk kongsi hobi lain selain menjahit manik..
Jom masak... first time buat Durian Crepe..alhamdulillah menjadi..
then selalu pulak dapat permintaan dr En. Suami..hehe
Kalau 4-5 ketul memang utk dia sorang je la..
DURIAN CREPE
Adunan crepe:
2 cwn Tepung gandum
1 sb Tepung jagung
1 biji Telur
Esen vanila
Pewarna kuning
1/2 cwn susu segar
2 cwn air
1 sudu besar minyak masak
Inti: 1 kotak kecil Whipping creme
1 sb gula aising
Durian (diasingkan bijinya)
macam mana nak buat?
1. Campurkan adunan crepe dalam bekas..pastikan adunan tidak terlalu pekat..jika pekat boleh ditambah air lagi supaya adunan spt adunan roti jala. Jika adunan pekat nnt susuh nak bungkus inti..nnt crepe tu akan pecah..
2. Tapis adunan utk mendapatkan hasil yang cantik. Sendukkan adunan diatas non-stick pan dengan api sederhana. Pastikan bahagian atasnya masak baru diangkat..tak perlu terbalikkan crepe.
3. Putarkan whipping creme dan gula aising hingga kembang. kemudian sejukkan dalam peti dulu..
4. Sendukkan sedikit whipping creme yg sejuk tadi atas crepe yg dh siap masak..kemudian letakkan sedikit isi durian atas creme dan lipatkan dengan kemas menjadi segi empat..terpulang pd anda nk lipat atau nk gulung..sy gunakan durian D24 atau Mousang King sbb rasa durian ni mmg kick..
5. Sejukkan dulu durian crepe dalam peti sejuk utk lebih kenikmatan
Sekali buat kene buat lebih..boleh disimpan dalam peti..En Suami selalu ulang makan..
tambahan pulak kalo guna Durian mousang king memang sedap..
Subscribe to:
Posts (Atom)





